Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Imej satelit terkini menunjukkan sebuah fasiliti yang didakwa digunakan oleh puak militan yang berpusat di Pakistan berada di dalam keadaan baik di sebalik laporan India yang menngatakan bahawa tentera negara itu telah membedil musnah kawasan tersebut melalui beberapa siri serangan udara.
Imej beresolusi tinggi yang diambil oleh pengendali satelit persendirian Amerika Syarikat (A.S), Planet Labs Inc, menunjukkan sekurang-kurangnya enam bangunan di sebuah perkarangan sekolah yang didakwa oleh pihak tertentu dikendalikan oleh kumpulan militan Jaish-e-Mohammad (JeM) di timur laut Pakistan, lapor Reuterspada hari Rabu.
Imej tersebut dengan jelas menunjukkan bahawa bangunan tersebut sama sekali tidak mengalami sebarang perubahan sejak dari April 2018, baca laporan itu.
Pada 26 Februari lepas, India berkata bahawa mereka telah melacarkan serangan udara ke atas tapak fasiliti tersebut sekaligus memusnahkan kawasan itu dan membunuh 300 militan.
Menurut sumber kerajaan India, jet-jet pejuang neagra itu telah melancarkan bom seberat 1,000 kilogram di dalam operasi tersebut.
Pakistan dalam masa yang sama pula berkata bahawa mereka telah mengerahkan jet pejuangnya sendiri apabila jet pejuang India mencerobohi ruang udara mereka dan menghambat keluar tentera udara India dari wilayahnya.
Menurut Islamabad, jet pejuang India telah melancarkan bom mereka di kawasan hutan dengan tergesa-gesa tanpa mengakibatkan sebarang kerosakan yang serius dan kecederaan di pihak Pakistan. -Press TV
6 Mac 2019 - 16:17
News ID: 932017
Imej satelit terkini menunjukkan sebuah fasiliti yang didakwa digunakan oleh puak militan yang berpusat di Pakistan berada di dalam keadaan baik di sebalik laporan India yang menngatakan bahawa tentera negara itu telah membedil musnah kawasan tersebut melalui beberapa siri serangan udara.